<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3237855109822745270\x26blogName\x3dInsan+Terkejut\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://my-kejutan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://my-kejutan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2175769619070599357', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Ahad, 30 Ogos 2009
  Kematian Mengejut

Kematian Mengejut


Kematian mengejut terutamanya di kalangan orang muda merupakan satu tragedi bukan sahaja kepada ahli keluarga mereka tetapi juga kehilangan yang besar kepada masyarakat.

Pemergian mereka ini yang berada di sekeliling anda baik saudara-mara, rakan setugas, jiran tetangga mahupun kenalan membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimana mungkin ia terjadi ke atas seseorang yang masih muda dan sihat wal afiat.

Dianggarkan satu dalam setiap 20 kes kematian kardiak mengejut (SCD) yang berpunca daripada kegagalan jantung, tidak diperoleh sebab kematiannya yang sahih. Keadaan ini digelar SADS.

“Jantung merupakan organ penting yang memiliki otot-otot kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kerja-kerja mengepam terhasil daripada rangsangan elektrik menerusi jantung secara berulang-ulang dalam bentuk pusingan.

“Sekiranya aktiviti elektrikal ini terganggu, misalnya disebabkan oleh kekacauan rentak jantung yang dikenali sebagai aritmia, ia boleh mempengaruhi kebolehan jantung untuk mengepam dengan sempurna,’’ kata Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.

PUNCA KEMATIAN MENGEJUT DI KALANGAN ORANG MUDA

Penyakit jantung
Menurut Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu itu, penyakit jantung merupakan penyebab paling biasa SADS dalam kesemua peringkat umur.

“Di kalangan individu berusia 30 tahun ke atas, penyakit jantung lazimnya berpunca daripada pembuluh yang membekalkan darah ke jantung telah tersumbat menyebabkan penyakit jantung koronari.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang lebih muda dan kanak-kanak, kerap kali penyebabnya adalah sesuatu yang berbeza,’’ katanya.

Penyakit-penyakit yang dimaksudkannya itu adalah sepert kardiomiopati (sebarang gangguan kronik yang melibatkan otot jantung, mungkin menyebabkan pembesaran jantung, kegagalan jantung, aritmia dan embolisme); penyakit jantung sejak lahir/kongenital dan; miokarditis (keradangan otot jantung yang akut atau kronik, selalunya disebabkan oleh jangkitan virus).

Lain-lain adalah penyakit tisu perantara yang dicirikan oleh perubahan-perubahan degeneratif pada kolagen seperti Eritematosus Lupus Sistemik dan; penyakit konduksi (ketidaknormalan saraf-saraf elektrikal dikendalikan menerusi nodular AV).

Ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor, dibeli di kaunter farmasi dan ubat-ubat yang dilarang boleh mendatangkan bahaya tetapi jarang mempunyai kesan sampingan terutamanya jika diambil pada dos berlebihan.

Antara kesan-kesannya termasuklah aritmia dan ada kalanya, boleh menyebabkan kematian mengejut.

Lain-lain
Penyelidikan mendapati, kematian mengejut walaupun tidak sering berlaku, boleh juga disebabkan oleh keadaan-keadaan seperti sawan dan serangan asma yang teruk.

Begitu juga dengan embolus pulmonari/gumpalan darah di dalam paru-paru disebabkan duduk terlalu lama di dalam penerbangan yang panjang. Ia boleh menyebabkan seseorang rebah secara tiba-tiba lalu mati.

Begitu juga dengan pendarahan otak disebabkan tekanan darah tinggi atau saluran darah abnormal di dalam otak, juga boleh menyebabkan kematian tiba-tiba.

PENYEBAB SADS
Terdapat sekumpulan penyakit ganjil yang dipanggil ion channelopathies yang mempengaruhi fungsi elektrikal jantung tanpa menjejaskan struktur jantung.

Ini bermakna, ia hanya boleh dikesan semasa seseorang masih hidup dan bukannya semasa bedah siasat mayat dilakukan, jika ada.

Ion channelophaties bertanggungjawab terhadap tiga hingga empat daripada 10 kes SADS yang dilaporkan.

Sindrom Long QT iaitu gangguan pada sistem elektrikal jantung yang menyebabkan jantung berdegup kencang, mendorong kepada pitam dan dalam kes-kes tertentu, jantung terhenti serta mati mengejut merupakan antara salah sejenis ion channelophaties.

UJIAN-UJIAN

“Sekiranya anda merupakan saudara dekat kepada seseorang yang meninggal dunia kerana SADS, adalah penting anda menjalani ujian bagi menentukan sama ada anda turut mewarisi masalah perubatan yang sama seperti mangsa.

“Sekiranya terdapat mana-mana kematian mengejut dan menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarga anda termasuk kematian kot (mati mengejut di kalangan bayi), kemungkinannya adalah lebih besar,’’ kata Dr. Ahmad Shukri.

Menurutnya, doktor mungkin menanyakan jika anda mempunyai simptom-simptom seperti pitam atau denyutan jantung yang pantas.

Pemeriksaan perubatan dapat membantu mengetahui sekiranya terdapat penyakit jantung struktural yang boleh diwarisi dalam keluarga seperti prolaps injap mitral yang bocor, yang mengeluarkan suatu bunyi yang boleh didengar oleh doktor menggunakan stetoskop.

Seterusnya, doktor akan menyarankan beberapa ujian lanjut seperti:

* Elektrokardiogram; rakaman kejadian elektrik jantung di atas jalur kertas yang bergerak
* Ekokardiogram; penggunaan gelombang ultrasound untuk mengkaji dan memaparkan tindakan jantung sambil ia berdenyut

* Ujian senaman/stres; lebih kurang sama seperti ECG cuma ia direkodkan sebelum, semasa dan selepas pesakit melakukan senaman menggunakan treadmill atau berbasikal

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Senaman
Majoriti keadaan yang boleh mencetuskan kematian mengejut berkaitan jantung didapati bertambah buruk dengan melakukan senaman. Elakkan daripada terlibat di dalam kegiatan sukan bersifat pertandingan dan lasak.

Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Individu yang mempunyai masalah dengan jantung mereka dan boleh mendorong kepada kematian mengejut perlu lebih berhati-hati dengan ubat yang mereka ambil.

8:46 PTG |